Sebuah usaha memahami tingkah laku jenayah dan intervensi dalam komuniti. Projek ini merupakan lanjutan dari pemetaan komuniti yang dilakukan praktikum...
Read MoreJohn Wood dalam Leaving Microsoft To Change The World menyuntik keinsafan dalam jiwa saya kenapa diri perlu bersungguh dalam usaha membangun perpustakaan dan pendidikan di tempat yang miskin dan dhaif. Saya merasakan sangat hal itu, kerana masa kecil saya dahulu terlalu dahagakan bahan bacaan sehingga saya mencabut surat khabar yang ditampal di dinding-dinding papan rumah saya yang usang dan berlubang hanya untuk membaca kembali akhbar tersebut buat kali yang ke berapa entah. Jika John mampu membangun 10 ribu perpustakaan dan beribu-ribu sekolah hanya dalam 14 tahun, saya masih sangat bersyukur dengan inspirasi dari beliau sehingga terbangun beberapa perpustakaan di Semenanjung, Sabah, Sarawak dan beberapa lokasi di Indonesia.
Saat ini, adik-adik ini sedang berbincang untuk berkongsi duit bagi membeli sebuah buku di booth JT.
Teruja! Mereka membelek dan memilih buku-buku untuk dibawa pulang secara percuma hasil sumbangan orang ramai.
Sewaktu Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018, reruai Jejak Tarbiah sentiasa dikunjungi adik-adik sekolah yang minat membaca – tetapi kekurangan bajet untuk membeli buku. Adik-adik ini gigih berkongsi RM 1 dan RM 5 untuk membeli senaskhah buku yang disepakati bersama. Mereka sanggup berkongsi wang asalkan dapat buku yang dihajati.
Alhamdulillah, ada seorang individu pemurah yang prihatin melihat kesungguhan adik-adik ini, menyumbang dana RM1,000 kepada kami. Dengan tajaan RM20 seorang, kami tawarkan biasiswa senaskhah buku pilihan mereka di reruai Jejak Tarbiah. 50 orang murid mendapat manfaat daripada sumbangan dana tersebut.
Pada PBAKL edisi 2019, Jejak Tarbiah mendapat sumbangan dana sebanyak RM10,000 dengan tajaan senaskhah buku buat 500 orang murid. Sepanjang 10 hari PBAKL, setiap hari kami menaja RM1, 000 untuk manfaat 50 orang murid.
Setiap tahun, DANA 1 MURID 1 BUKU mensasarkan untuk menaja 500 pelajar yang akan hadir ke PBAKL. Kami juga merancang untuk memberikan dana ini kepada 1000 orang pelajar luar bandar yang tidak berkemampuan untuk hadir ke PBAKL – dengan membawa buku-buku ke sekolah mereka.Â
Ekspresi emosi sedih dan marah
Ekspresi gembira, sedih dan marah
Pusat Pemulihan Akhlak, Batu Gajah merupakan tempat tahanan pesalah dibawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas). Kebanyakan tahanan wanita datang dari latar belakang pendidikan rendah, berkonflik dalam kehidupan dan menghadapi keganasan domestik.
Inisiatif ini dijalankan sebagai salah satu bantuan sokongan pendidikan tidak formal dalam komuniti pesalah jenayah. Inilah kesempatan kita sebagai orang awam untuk turut sama memainkan peranan dalam pemulihan pesalah.
Kata Dough Wilhem, perpustakaan adalah rumah harapan. Ia tempat dimana semua orang, tak kira apapun situasinya dapat mencari ilham dan mengembangkan mimpi. Begitu juga buat pesalah jenayah disebalik jeriji.
Kempen ini akan dijalankan sehingga 15hb April 2023. Kami menyasarkan kutipan sebanyak RM 6600 untuk buku-buku dan al quran, tiga rak Billy, tikar getah, cat dan peralatan seni.
Sempena kehadiran TIM JT ke Pesta Buku Pantai Timur yang sedang berlangsung dari 23 September sehingga 1 Oktober, kami berhasrat...
Read MoreDari tahun 2015, Jejak Tarbiah giat menjalankan aktiviti-aktiviti membangunkan perpustakaan mini di kawasan yang kurang berkemampuan di Malaysia dan Indonesia....
Read More6, Jalan 1/9F,
43650, Bandar Baru Bangi,
Selangor.
+60 11-2906 2609