Blog
Nyala

Nyala

Sebuah usaha memahami tingkah laku jenayah dan intervensi dalam komuniti. Projek ini merupakan lanjutan dari pemetaan komuniti yang dilakukan praktikum kursus Kerja Sosial, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang terhadap situasi secara spesifik tahanan-tahanan wanita di Pusat Pemulihan Akhlak, Batu Gajah. Pemetaan ini bertujuan untuk memberi gambaran asas tentang permasalahan tahanan serta perkembangan terkini dari apa yang telah dilakukan bersama dengan tahanan. Pemetaan maklumat ini telah dijalankan bersama dengan 47 orang tahanan wanita.

Projek Nyala menyasarkan pendekatan:
Pendidikan — Ujian Rintis Pemulihan 3M (Rakan kolaborasi bersama Dr Mashitah Radzi dan Tuan Haji Radzi Misran).
Fasiliti — Naik taraf perpustakaan (Rakan kolaborasi bersama Bahagian PPI, The Wakaf Buku dan Akademi Berbagi Buku).
Terapi Kelompok — Bimbingan bersama Pegawai Kebajikan dan Unit Psikologi, PPA Batu Gajah.

Boleh muat turun untuk maklumat lanjut tentang projek ini.

Leave a Reply